PUTRAJAYA, 26 Nov – Sabah kembali menjadi negeri yang mencatatkan kes harian positif COVID-19 tertinggi di negara ini pada hari ini dengan 326 kes, menyamai 34.9 peratus daripada keseluruhan kes.
Manakala Selangor pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan 161 kes bersamaan 17.2 peratus, diikuti Negeri Sembilan dengan 158 kes bersamaan 16.9 peratus pada hari ini, merujuk data Kementerian Kesihatan (KKM).
Difahamkan, 103 kes (11 peratus) daripada kesemua kes hari ini adalah berkaitan dengan kluster-kluster di lokap dan penjara, membabitkan Kluster Bakti dengan 95 kes, diikuti Kluster Tembok dengan lima (5) kes, Kluster GK Tawau dua (2) kes dan Kluster Penjara Kepayan satu (1) kes.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya Sabah masih lagi mencatatkan angka kes tertinggi negara setakat hari ini dengan kes kumulatif sebanyak 27,238 kes, diikuti Selangor dengan 12,854 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5,249 kes, Negeri Sembilan 4,534 kes dan Kedah 2,438 kes.
Sumber: KKM