
Istanbul: Turki menawarkan penangguhan enam bulan tanpa faedah untuk pinjaman petani di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, kata Menteri Perbendaharaan dan Kewangan pada Selasa.
“Kami menawarkan kepada petani penangguhan kira-kira 6 bilion Turki (RM3.74 bilion) hutang,” kata Berat Albayrak di Twitternya lapor agensi berita Anadolu.
Beliau berkata Turki juga menawarkan beberapa sektor dan rakyatnya kemudahan pembayaran gaji, penangguhan cukai atau potongan dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
Di seluruh dunia, COVID-19 kini meragut lebih 211,500 nyawa, lebih 3.05 juta orang dijangkiti manakala sekurang-kurangnya 897,000 pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Di Turki, virus itu sudah menjangkiti 112,261 orang setakat ini dan mengorbankan 2,900 nyawa.
Sumber: Bernama