PUTRAJAYA, 7 Jan – Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Putrajaya yang menghidapi penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik adalah antara lapan mangsa korban COVID-19 hari ini.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), kematian ke-520 itu merupakan kes ke-122,845, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor.
Selain itu, kematian ke-514, iaitu kes ke 74,949 merupakan lelaki tempatan berusia 56 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Kematian ke-515 iaitu kes ke-99,823 pula melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun, tidak mempunyai sebarang latar belakang penyakit dan meninggal dunia di hospital yang sama.
Sementara itu, kematian ke-516 iaitu kes ke-110,291 melibatkan seorang wanita tempatan yang mempunyai latar belakang penyakit jantung, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada usia 78 tahun.
Kematian ke-517 iaitu kes ke-121,311 pula adalah seorang wanita tempatan yang mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan hypotiroid, meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor pada usia 81 tahun.
Selain itu, kematian berikutnya iaitu yang ke-518, kes ke-121,694 melibatkan seorang lagi wanita tempatan berusia 79 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan Addison’s disease meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Di Negeri Sembilan pula, kematian ke-519 iaitu kes ke-122,110 melibatkan seorang lelaki tempatan, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, gout, dislipidemia, jantung dan buah pinggang kronik turut meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Manakala kematian terakhir hari ini iaitu yang ke-521 iaitu kes ke-121,201 pula melibatkan seorang wanita bukan warganegara di Sabah berusia 60 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi.
Jenazahnya dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Sumber: KKM