Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 11 November 2020.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, hanya dua negeri di Malaysia sahaja yang tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 pada hari ini.
Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, W.P Labuan dan Sarawak.
Manakala negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes pada hari ini ialah Terengganu dan Pahang sahaja.
Gambar: Kenyataan Akhbar KPK 11 November 2020Menerusi maklumat tersebut, Sabah mencatatkan kes paling tinggi pada hari ini dengan 259 kes positif, 1 daripadanya adalah kes import. Negeri Sembilan pula di tangga kedua selepas mencatatkan 225 kes. Selangor pula mencatatkan sebanyak 178 kes dengan 2 daripadanya adalah merupakan kes import.
Diikuti dengan W.P Labuan dengan 46 kes manakala Pulau Pinang pula 26 kes. W.P Kuala Lumpur mencatatkan 21 kes dengan 4 daripadanya kes import. Kedah pula mencatatkan sebanyak 17 kes dan Sarawak sebanyak 14 kes.
Selain daripada itu juga, Perak pada hari ini mencatatkan 14 kes disusuli dengan Johor sebanyak 10 kes. Melaka pula sebanyak 6 kes, W.P Putrajaya 3 kes, Perlis sebanyak 2 kes manakala Kelantan pula sebanyak 1 kes.
Kesemua 822 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 42,872 kes secara keseluruhannya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia