Nigeria pada hari ini telah mengesahkan kes pertama dijangkiti virus Covid-19 berlaku di negara itu, yang juga pertama kali berlaku di kawasan sub Sahara Afrika.
Gambar Hiasan via DWSebelum virus ini sampai ke Nigeria, hanya terdapat dua kes sahaja yang disahkan berlaku di benua Afrika iaitu di Mesir dan Algeria.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pernah menyatakan kegusarannya awal minggu ini bahawa sistem kesihatan Afrika belum bersedia untuk bertindak balas terhadap virus maut ini sekiranya virus ini mula tular di benua berkenaan.
Sumber: CNA