Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan kes aktif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 101,359 kes.
Menerusi kenyataan akhbar KP Kesihatan, kes positif harian baharu yang dicatatkan pada hari ini pula adalah sebanyak 11,618 kes.
11,618 kes itu menjadikan jumlah kes kumulatif kes yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 867,567 kes.
Menurutnya, peningkatan kes harian ini adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan COVID-19 iaitu hasil saringan bertumpu (targeted screening) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang.
Dalam pada itu, sebanyak 118 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.
Kesemua kes kematian tersebut melibatkan 46 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Johor, lima (5) kes di Kedah, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Terengganu.
Oleh yang demikian, pihak KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.
Sumber: KP Kesihatan