Sejak satu infografik yang tular sejak semalam melalui Facebook telah mengatakan bahawa Malaysia bakal melaksanakan perintah lockdown yang dikononnya berlangsung pada malam ini. Namun, info itu telah disahkan palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Susulan daripada itu, hari ini di laman Twitter trending dengan tanda pagar #LockDownMalaysia. Pelbagai pandangan dilontarkan dalam ‘kotak’ trending tersebut.

Biarpun apa yang berlaku, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Sentiasa berhati-hati dan berada dirumah jika tiada kepentingan atau urusan penting di luar. Elakkan sebar berita palsu dan tidak sahih ke media sosial supaya tidak berlaku keadaan panik dan huru-hara.
Sumber: Twitter