Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat sebanyak 7 kes positif Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini dan melibatkan beberapa negeri.
Pecahan kes positif mengikut negeri yang dikeluarkan pada hari ini memperlihatkan kes baharu dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Labuan dan Sarawak.
Menerusi maklumat tersebut, Selangor mencatatkan 1 kes, Kuala Lumpur sebanyak 3 kes, Negeri Sembilan sebanyak 1 kes, Labuan sebanyak 1 kes dan Sarawak 1 kes.

Daripada 7 kes baharu COVID-19 hari ini, 1 kes adalah jangkitan tempatan dan enam daripadanya adalah kes import. Bagi kes import, ianya melibatkan 3 warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara. Enam kes import tersebut adalah dari negara berikut:
China (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Yaman (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Myanmar (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
Jepun (1 kes di Selangor);
Pakistan (1 kes di Sarawak); dan
Mexico (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan)
Bagi kes penularan di dalam negara, 1 kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan.
Sumber: Kp Kesihatan