Gambar: Bernama

COVID-19: Lelaki 21 Tahun Antara 3 Kes Kematian Dibawah Umur 30 Tahun Hari Ini

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 125 kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 dicatatkan pada hari ini.

125 kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 6,385 kes.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, tiga daripada 125 kes kematian pada hari ini adalah pesakit yang berusia di bawah 30 tahun.

Satu daripadanya adalah merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit obesiti. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Seterusnya adalah seorang perempuan berusia 23 tahun yang menghidap Down Syndrome. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai buloh.

Salah seorang lagi adalah merupakan seorang perempuan berusia 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit obesiti. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Berikut adalah perincian berkenaan 125 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini:

Sumber: KP Kesihatan