
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi laman Facebook rasmi mereka memberitahu bahawa terdapat satu penambahan zon merah setakat ini.
Berdasarkan statistik yang dikongsi, Kota Kinabalu merupakan penambahan baharu zon merah yang mempunyai kes positif Covid-19 lebih daripada 40 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk zon merah adalah sebanyak 28 daerah.
Bagaimanapun, Lembah Pantai masih mengekalkan jumlah positif Covid-19 yang tertinggi dengan rekod sebanyak 592 kes. Diikuti dengan daerah Klang dan Petaling Jaya dimana masing-masing direkodkan dengan jumlah 446 dan 366 kes positif Covid-19.
Selain itu, beberapa negeri sudah tidak ada ‘lambang’ zon merah dilaporkan antaranya di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu.

Berdasarkan gambar rajah, jumlah pecahan kes mengikut negeri Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ini mempunyai dua kawasan zon merah iaitu di Sarawak adalah Kuching dan Kota Samarahan.
Manakala di Sabah, terbaru di Kota Kinabalu dan Tawau. Berkemungkinan besar Lahad Datu akan diistihar zon merah jika bacaan kes positif meningkat. Sehingga sekarang Lahad Datu masih berada dalam zon jingga.

Jadi, ikutlah saranan kerajaan untuk sentiasa berada di dalam rumah dan kekal sihat serta menjaga kebersihan sekeliling.
Sumber: KKM