Korea Selatan telah melaporkan kurang daripada 120 kes Covid-19 yang dikatakan kes baharu untuk hari ini.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa Korea Selatan telah mengeluarkan satu amaran fasa baharu penularan wabak Covid-19 berikutan wujud kluster baharu di bandar Seoul yang mungkin menyebarkan wabak berkenaan.
Sekurang-kurangnya 100 orang penduduk di kawasan tersebut disahkan positif virus tersebut dalam tempoh masa beberapa hari lalu.
Menurut Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun berkata ada kemungkinan berlaku penyebaran dahsyat di kawasan metropolitan itu.
Setakat ini, 90 peratus kes Covid-19 di negara tersebut dikesan di wilayah Daegu dan sempadan Gyeongsang Utara.
Jumlah penuh 114 pesakit di negara itu disahkan positif Covid-19 semalam, menurut laporan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Ini menyebabkan jumlah keseluruhan meningkat kepada 7,869 kes.
Tambah laporan ini lagi, seramai 6 orang pesakit disahkan meninggal dunia, jadi kiraan sebenar adalah seramai 66 orang.
Susulan daripada itu, pelbagai acara dari konsert K-pop hinggalah ke acara sukan terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan akibat penularan wabak tersebut. Bukan itu sahaja, aktiviti persekolahan terpaksa diberi cuti yang panjang untuk membendung gejala ini.
Sumber: Saudi gazette