Covid-19: KKM Nasihat Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan Ke 7 Tempat Ini Jika Tiada Urusan Penting

Fazidi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu tweet semalam menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke 7 kawasan di 3 buah negara jika tiada apa-apa urusan penting susulan perebakan wabak Covid-19.

Kawasan-kawasa berkenaan adalah Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali. Kawasan keempat adalah Hokaido di Jepun.

Tiga kawasan lagi adalah di Iran iaitu Tehran, Qom dan Gilan.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Itali dan Iran merupakan negara dengan rekod kematian tertinggi akibat Covid-19 selain China.

Setakat semalam, Itali mencatatkan 107 kematian manakala Iran dengan 92 kematian.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia