MENTERI Kesihatan Turki mengesahkan satu kes jangkitan Coronavirus (Covid-19) pertama di negara itu, melibatkan seorang pesakit yang baru pulang dari Eropah.
“Hasil ujian mendapati pesakit tersebut positif Covid-19 dan kini dalam keadaan yang baik.
“Semua ahli keluarganya dan siapa yang menjadi kontak rapat dengannya sedang di bawah pengawasan,” jelas Fahrettin Koca dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri itu menyeru kepada rakyat Turki agar mengelakkan daripada melancong ke luar negara jika boleh, atau mengkuarantin diri selama 14 hari selepas pulang.

Sumber: Aljazeera