
Perkembangan kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan tanda-tanda semakin membaik apabila hanya 85 kes sahaja dicatatkan hari ini dengan 169 lagi pesakit telah sembuh.
Namun, penurunan kes pada hari ini bukan bermaksud kita perlu memandang remeh terhadap penyebaran virus ini. Langkah bagi menghapuskan virus tersebut perlu ditangani oleh semua pihak termasuk rakyat Malaysia.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dipatuhi oleh semua agar dapat memutuskan rantaian jangkitan dan kes tidak lagi akan bertambah.
Disebalik itu, warganet pada hari ini memanjatkan kesyukuran kerana berlakunya penurunan kes berbanding dengan sebelum ini yang setiap hari menyaksikan angka kes melebihi 100.
Melalui ruangan komen di Facebook KKM, ternyata rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan.
Malah, ada juga yang berharap agar semua petugas diberikan bonus sesuai dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.










Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia