Indonesia mencatatkan peningkatan jumlah keseluruhan 38 kematian apabila enam mangsa dilaporkan maut akibat Covid-19 setakat Sabtu (21 Mac 2020).
Jurucakap kerajaan dalam isu Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 81 kes baharu turut direkodkan menjadikan jumlah jangkitan positif di negara tersebut seramai 450 orang.
Sementara itu, empat kes telah sembuh semalam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah sebanyak 20 kes.
Sumber: iNews.id