Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan memaparkan bahawa terdapat 5 negeri yang mencatatkan pertambahan kes Covid-19 setakat 28 Julai 2020, jam 12 tengah hari.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, Kedah, W.P Kuala Lumpur, Sabah, W.P Labuan serta Sarawak telah mencatatkan pertambahan kes Covid-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat tersebut, Kedah mencatatkan pertambahan sebanyak 6 kes, W.P Kuala Lumpur pula sebanyak 4 kes, Sabah sebanyak 3 kes, W.P Labuan sebanyak 1 kes manakala Sarawak pula sebanyak 25 kes.

Kesemua 39 kes positif yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,943 kes secara keseluruhannya.
Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 28 kes yang melibatkan warganegara tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kekal mematuhi pada SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus maut ini.
Sumber: KKM