Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) hari ini menerusi Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 115 kes baharu Covid-19 pada hari ini dengan 112 kes tempatan dan 3 kes import.
Sehubungan itu juga, terdapat beberapa negeri yang mencatatkan kes baharu pada hari ini.
Menurut perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham, 98 kes dicatatkan di Sabah, 11 kes di Selangor, 1 kes di Terengganu, 1 kes di Kedah, 1 kes di Melaka, 1 kes di Negeri Sembilan, 1 kes di Kuala Lumpur dan 1 kes di Labuan.
KKM juga memaklumkan bahawa 11 daripada kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Sumber: KKMPutrajaya