Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat jumlah pecahan kes mengikut daerah dan zon di Malaysia setakat 12 pm, 15 Mei 2020.
Menerusi data bilangan pecahan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon merah terus menunjukkan penurunan. Setakat 15 Mei 2020, zon merah dilaporkan telah berkurang kepada 7.
Antara kawasan-kawasan yang masih dikategorikan zon merah adalah Petaling, Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu, Pudu, Rembau dan Kuching.
Ini bermakna, zon hijau di seluruh Malaysia semakin bertambah. Sehingga jam 12 pm, 15 Mei 2020 KKM melaporkan terdapat 126 zon yang telah diisytiharkan hijau setakat ini.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kes aktif yang berada di zon merah adalah kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD.
Sumber: KKM