Media China, CGTN melaporkan angka korban akibat Covid-19 kini sudahpun mencecah 1,665 orang termasuk seorang yang dilaporkan di Hong Kong dan juga tiga orang lagi diluar China, setakat ini.
Sebanyak 68,584 kes positif dilaporkan di China manakala 510 lagi kes dilaporkan di luar China.
Daripada jumlah berkenaan, 11,272 pesakit berada dalam keadaan kritikal manakala 9,419 orang dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.