Berhubung penularan virus Covid-19 yang terjadi di Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta semua rakyatnya bertenang dan tidak panik.
Menurut Jokowi, waktu ini adalah masanya untuk rakyat bekerja, belajar dan beribadah di rumah.
Terdahulu, beberapa syarikat atau agensi di beberapa wilayah telah membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
Kementerian BUMN (Badan Usaha Milik Negara) Indonesia sebelum ini, telah mengarahkan kakitangannya untuk mula bekerja dari rumah bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Arahan itu dilaporkan berkuat kuasa pada Isnin ini (16/3/2020).
Wakil Menteri BUMN Arya Sinulingga juga menegaskan bahawa semua syarikat milik negara beroperasi seperti biasa.
Arya juga menyatakan, waktu mesyuarat juga dihadkan dan banyak perkara lain yang terhad.
Sumber: Tribun