Gambar:BBC.com

Covid-19: India Dilaporkan Catat Sebanyak 3,900 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Sofea

India merekodkan sebanyak 3,900 kes baharu Covid-19 dan 195 kematian pada hari ini, lapor Daily Mail.

Dalam pada itu, New Delhi telah mengenakan cukai khas sebanyak 70 peratus ke atas alkohol untuk mengurangkan simpanan setelah larangan terhadap minuman keras tidak lagi dikenakan.

Bilangan jangkitan di India meningkat kepada rata-rata 6.1 peratus sejak minggu lalu di belakang Rusia dan Brazil namun lebih tinggi daripada UK, AS dan Itali.

Pakar kesihatan berkata peningkatan itu menunjukkan India kekal berisiko terhadap penularan jangkitan walaupun perintah berkurung telah dilaksanakan sejak sebulan lalu.

Menurut kemaskini terbaru dari laman Worldometers, bilangan kes keseluruhan di India kini meningkat kepada 46, 476 dengan angka kematian keseluruhan sebanyak 1, 571.

Sumber: Daily Mail