Jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 30 kes. Jumlah yang lebih rendah berbanding semalam dilihat sebagai satu perkembangan yang baik untuk situasi Covid-19 di Malaysia.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter KKM, kes-kes baharu tersebut hanya melibatkan tiga negeri sahaja iaitu negeri Selangor dengan 5 kes, negeri Sarawak dengan 2 kes dan WP Kuala Lumpur dengan 23 kes.
Pada hari ini, KKM mengesahkan bahawa terdapat 30 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dilaporkan. Walau bagaimanapun, terdapat 83 orang pesakit yang telah sembuh dan discaj hospital.
Sumber: KKMPutrajaya