Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat data kes positif mengikut negeri di Malaysia setakat 30/9/2020, 12 pm.
Menerusi data bilangan pecahan kes positif harian mengikut negeri yang dikeluarkan, hampir semua negeri di Malaysia telah mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini kecuali Melaka dan Putrajaya.
Menerusi maklumat tersebut, Perlis telah mencatatkan pertambahan kes positif sebanyak 2 kes, Kedah pula sebanyak 13 kes, Pulau Pinang 1 kes, Perak 1 kes, Kelantan 2 kes, Terengganu 3 kes, Selangor 10 kes, W.P Kuala Lumpur 6 kes, Pahang 2 kes, Negeri Sembilan 1 kes, Johor 8 kes, Sarawak 4 kes, W.P Labuan 1 kes manakala Sabah pula sebanyak 35 kes.
Kesemua 89 kes positif yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 11, 224 kes secara keseluruhannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya kekal mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan serta amalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.
Sumber: Noor Hisham Abdullah