Iran berkata pada hari Khamis bahawa angka kematiannya daripada Koronavirus telah meningkat kepada 26 iaitu yang menjadi angka tertinggi di luar China dan jumlah orang yang dijangkiti kini berada pada 245 termasuk beberapa pegawai kanan.
Wabak itu mendorong pihak berkuasa untuk menangguhkan solat Jumaat di beberapa bandar raya termasuk Tehran. Agensi berita IRNA juga mengatakan Iran mengharamkan rakyat China masuk.
Mereka yang dijangkiti termasuk Naib Presiden Wanita dan Keluarga, Masoumeh Ebtekar dan Timbalan Menteri Kesihatan, Iraj Harirchi. Kes Ebtekar dikatakan ringan dan dia tidak dimasukkan ke hospital.
“Dalam 24 jam yang lalu, kami mempunyai 106 kes yang baru disahkan. Jumlah kematian telah mencapai 26 orang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianush Jahanpur.
Jahanpur berkata terdapat rancangan untuk mengenakan beberapa sekatan ke atas tapak suci syiah dan membatalkan beberapa khutbah pada hari Jumaat.
Sumber: Business Financial Post