Dua penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang dicemari dengan virus Covid-19 dilaporkan telah meninggal dunia, lapor NHK.
Menurut Daily Star, seorang sumber daripada kerajaan melaporkan bahawa seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 80 tahun telah disahkan meninggal dunia.
Diamond Princess yang tiba di Yokohama, Jepun pada 3 Februari lalu dengan membawa sekitar 3, 700 orang penumpang yang didiagnos dengan virus itu.
Setakat ini, lebih 600 orang penumpang telah diuji positif dijangkiti dengan virus Covid-19.
Kebanyakan penumpang kapal yang diuruskan oleh Carnival Corp itu telah pun dibenarkan turun dari kapal tersebut.

NHK mendakwa bahawa proses proses membawa turun penumpang kapal itu akan selesai menjelang esok.
Lebih 100 warga Hong Kong yang dikuarantin di kapal di Jepun selama lebih 2 minggu itu telah dilaporkan diturunkan pada pagi Khamis dan akan dikuarantin sebagai langkah pencegahan.
Para penumpang kapal itu dilaporkan telah selamat di bawa pulang dalam satu pesawat khas yang diaturkan oleh pihak kerajaan.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa 55 daripada 364 warga Hong Kong yang terdapat dalam kapal persiaran itu telah disahkan dijangkiti dengan virus tersebut. Mereka akan kekal dirawat di Jepun bersama dengan 33 orang yang mempunyai kontak rapat dengan mereka.
Kesemua yang penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang tiba di Hong Kong akan dibawa ke satu kawasan perumahan untuk dikuarantin.
Hong Kong kini mencatatkan 65 kes positif serta 2 kes kematian akibat dijangkiti virus tersebut.
Sumber: Daily Star