Gambar: Twitter @DGHisham

Covid-19: China Puji Kepakaran Staf Perubatan Malaysia Kerana Berjaya Rawat Rakyatnya

Nur Adnin

PEJABAT kedutaan China di Malaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Hospital Permai, Johor Bahru atas kecekapan mengendalikan kes pesakit warganegaranya yang dijangkiti Coronavirus (COVID-19).

Menerusi satu tweet yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter nya @DGHisham tengah hari tadi, ucapan penghargaan tersebut dirakamkan dalam sehelai surat rasmi dari pejabat kedutaan tersebut yang berbunyi;

Salam sejahtera dari Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia,

Bagi pihak kedutaan Republik Rakyat China, kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Hospital Permai Johor Bahru atas bantuan dan kerjasama dalam menyediakan rawatan kepada pesakit COVID-19 dari China.

Hospital Permai telah menyalurkan bantuan dan keperluan perubatan kepada pesakit COVID-19 dan mengendalikan kaedah perubatan secara luar biasa semasa merawat mereka.

Dan hasilnya, pesakit-pesakit yang dirawat di hospital anda sudah sembuh seperti sediakala.

Selain itu, kumpulan (perubatan) anda juga sangat mesra kepada pesakit dan keluarga mereka.

Sekali lagi, pihak kedutaan ingin merakamkan ucapan terima yang tidak terhingga kepada Hospital Permai kerana memberi sokongan yang tidak ternilai kepada rakyat China.

Hospital anda juga telah menyumbang (sokongan) untuk China melawan wabak ini.

Kami berharap agar Hospital Permai dan pihak kedutaan akan bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Terima kasih.

Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 itu.

Terima kasih rakyat Malaysia!

Sumber: Twitter @DGHisham