Itali, 12 Mac – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan penutupan kebanyakan premis buat sementara waktu termasuk restoran, salun dan bar.
Walaubagaimanapun menurut portal Buzz Feed News, premis yang menyediakan perkhidmatan penting seperti barangan runcit, farmasi dan bank akan terus beroperasi.
Langkah ini diambil sejajar dengan pengumuman Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, penyakit yang menyerang seluruh dunia.
Sebelum itu, Giuseppe mengumumkan perintah berkurung bagi rakyat Itali di utara negara berkenaan setelah kawasan itu menjadi lokasi paling teruk terjejas akibat COVID-19.
Setakat ini, Itali mencatatkan 10,590 kes dengan 827 kematian, lapor CGTN.
Sumber: Buzz Feed News