SERAMAI 24 orang terkini dikesan dijangkiti Coronavirus (Covid-19) di Arab Saudi, menjadikan keseluruhan kes di negara itu berjumlah 45 kes.
Menteri kesihatannya semalam melaporkan, 24 kes terbaharu itu melibatkan seorang lelaki dan perempuan yang baru pulang dari Iraq, manakala seorang lagi adalah kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Al-Qatif, dipercayai, dilaporkan dijangkiti virus tersebut daripada datuknya yang baru pulang dari Iran, baru-baru ini.
Baki lagi 21 kes adalah melibatkan 21 warga Mesir yang ada berhubung dengan pelawat dari negara mereka yang disahkan positif Covid-19.
Dalam 45 kes keseluruhan itu, seorang daripadanya telah sembuh dan kini sedang diisolasi serta menerima rawatan selanjutnya.
Sumber: Arab News