California mengumumkan darurat selepas satu kematian akibat koronavirus dilaporkan di negeri itu.
Gabenor California, Gavin Newsom, pada Rabu membuat pengisytiharan berkenaan sebagai usaha mendapatkan pembiayaan kecemasan negara bagi mengawal wabak tersebut.
Sebelum itu, Gabenor Washington, Jay Inslee pada bulan lalu turut mengumumkan darurat di negeri itu selepas satu kematian akibat koronavirus disahkan.
Difahamkan, setakat ini Amerika Syarikat (AS) telah merekodkan lebih daripada 150 kes termasuk 53 di California.
Angka kematian juga telah menginjak kepada 11 orang di mana 10 kematian telah dicatatkan di Washington manakala satu lagi di California berdekatan Sacramento.
”California mengerahkan setiap peringkat kerajaan untuk mengenal pasti kes dan mengawal penyebaran virus ini,” kata Newsom.
Sumber: businessinsider.com