
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 43 pertambahan kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia setakat tengah malam tadi.
Angka tersebut sekaligus menjadikan kes kematian akibat COVID-19 secara keseluruhan di negara ini bertambah kepada 32,390 kes.
Melalui kemaskini data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 43 kes kematian adalah brought in-dead (BID) iaitu berlaku di luar hospital.
Setakat ini, 258,985 kes aktif dilaporkan di seluruh Malaysia di mana 94.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 5,055 kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 7,783 lagi membabitkan kes kemasukan ke hospital.
Kes kemasukan ke hospital setakat tengah malam tadi melibatkan 272 kes penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 164 kes yang memerlukan bantuan ventilator.
Sumber: COVIDNOW