Berdasarkan ciapan terbaru Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes Covid-19 harian bagi tarikh 15 Mei 2021 adalah sebanyak 4,140 kes. Secara kumulatif Malaysia telah mencatat 466,330 kes.
Bagi pecahan setiap negeri pula, negeri Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 1,507 kes dan diikuti dengan negeri Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Negeri Perlis turut mencatat 2 kes hari ini. Kes sembuh baharu juga mencatat jumlah yang tinggi apabila 3,432 kes disahkan sembh dan dibenarkan discaj dari wad.
Apa yang mendukacitakan bahawa kes kematian hari ini mencatat 44 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,866 kes.
Sumber: DG Hisham