Gambar Via Bernama

COVID-19: 33,406 Kes Dicatatkan Semalam, 371 Kes Dimasukkan Ke ICU

Sofea

COVID-19: 33,406 Kes Baharu Dicatatkan Semalam, 371 Kes Dimasukkan Ke ICU

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 33,406 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (5 Mac).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 3,595,172 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 33,064 kes adalah kes tempatan dan 342 kes lagi adalah kes import.

Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 371 kes, manakala 226 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 33,406 kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 13,157 kes (39.39%) dicatatkan bagi kategori 1, 20,035 kes (59.97%) bagi kategori 2, 92 kes (0.28%) bagi kategori 3, 69 kes (0.20%) bagi kategori 4 dan 53 kes (0.16%) bagi kategori 5.

Sumber: Kenyataan Akhbar KPK