Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semuanya melibatkan kes tempatan.
Susulan itu, berikut merupakan beberapa negeri yang mencatatkan kes baharu Covid-19 pada hari ini.
Antaranya, Kedah mencatatkan kes baharu yang tertinggi iaitu sebanyak 129 kes diikuti dengan Sabah iaitu sebanyak 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.
Selain itu, Perak dan Terengganu masing-masing mencatatkan sebanyak 3 kes. Kelantan dan Negeri Sembilan pula masing-masing dengan 2 kes.
Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Labuan pula masing-masing mencatatkan sebanyak 1 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 113 kes
52 kes saringan bergejala;
35 kes daripada Kluster Benteng LD;
15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital;
Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital;
Satu (1) kes daripada Kluster Laut;
Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
Satu (1) kes saringan petugas kesihatan;
Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;
Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; dan
Satu (1) kes saringan komuniti di Lahad Datu.
Kedah: 129 kes
Selangor: 31 kes
13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;
Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru;
Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;
Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
Satu (1) kes saringan tahanan;
Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan
Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
Gambar: Noor Hisham Abdullah
Gambar: Bernama TVSehingga kini, terdapat 22 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber: KP Kesihatan