coca-cola® kolaborasi marvel
Tiada Kategori

Coca-Cola® Kolaborasi Bersama Marvel Lancar Tin Edisi Terhad 

Nurul Naqiyah

Coca-Cola® Kolaborasi Bersama Marvel Lancar Tin Edisi Terhad

MALAYSIA, SEPTEMBER 2024 – Coca-Cola Malaysia memperkenalkan Coca-Cola x Marvel: The Heroes, iaitu kolaborasi terbaharu dengan Marvel yang menampilkan watak-watak Marvel serta pengalaman digital yang hebat.

Hubungan Coca-Cola dengan Disney telah terjalin sejak lebih 60 tahun yang lalu, dan hari ini, kedua-dua jenama ikonik itu terus menikmati kerjasama kukuh merentasi pelbagai projek serta ‘universes dan multiverses’, termasuk Marvel Universe yang ikonik.

Dalam kempen masa terhad itu, kedua-dua jenama berkolaborasi untuk membawakan dunia Marvel kepada peminat melalui cara paling kreatif, dengan menawarkan pek Coca-Cola edisi terhad eksklusif yang menampilkan enam ilustrasi watak, koleksi watak-watak digital, hadiah menarik, dan pengalaman AR yang imersif pada laman web Coca-Cola.

Kolaborasi itu akan disokong oleh satu kempen global 360, termasuk ciri-ciri kreatif baharu yang bakal dilancarkan merentasi pawagam dan platform perkongsian video lain, serta program digital dan pengiklanan di luar rumah (OOH).

coca-cola® kolaborasi marvel

“Coca-Cola telah berkongsi sejarah lama dengan Disney, dan kami berasa teruja dengan adanya hubungan ini yang terus memperkasakan kami untuk mendorong diri kami serta kolaborasi kami ke aras kreatif yang lebih tinggi,” kata Ketua Global Strategi Kreatif dan Kandungan untuk Tanda Dagangan Coca-Cola, Islam ElDessouky. “Kerjasama terbaharu dengan Marvel membolehkan kami memanfaatkan warisan dan keserasian kedua-dua jenama untuk menyampaikan pengalaman baharu dan kejutan manis kepada pengguna,” tambah beliau.

“Jalinan kerjasama korporat dengan Coca-Cola meletakkan kami pada kedudukan unik untuk membangunkan program yang sangat inovatif dalam industri,” kata Naib Presiden Kanan Perkongsian Pemasaran Global, The Walt Disney Company, Mindy Hamilton. “Kami telah mentakrifkan semula pemasaran tradisional dengan cara terbaik. Hasilnya adalah sebuah kempen yang memanfaatkan kuasa Marvel Universe yang bakal meraikan ulang tahun ke-85nya pada tahun ini. Penceritaan hebat hanya mampu tercapai apabila Cola-Cola bersatu dengan Disney,” ulas beliau.

Selain itu, kolaborasi itu turut memaparkan satu babak cerita yang mendebarkan, di mana seorang wanita tanpa sengaja mengundang bahaya kepada seluruh dunia buku komik.

Pada saat getir itu, The Real Magic of Coca-Cola telah menghimpunkan adiwira-adiwira Marvel untuk menyelamatkan dunia buku komik dan akhirnya mengukir kembali senyuman di wajah wanita itu.

Koleksi tin eksklusif ini akan menampilkan barisan adiwira dan penjahat dari Marvel Universe. Koleksi ini telah memanfaatkan kontras untuk memperhebat perincian setiap watak, dengan menggunakan warna putih, merah dan hitam yang seimbang untuk menyerlahkan semua watak. Setiap tin ini boleh diimbas untuk ‘menghidupkan’ wataknya melalui AR.

coca-cola® kolaborasi marvel

Selain koleksi tin dan pengalaman AR yang mengujakan, Coca-Cola x Marvel: The Heroes memberi peluang kepada para peminat untuk memenangi hadiah menarik daripada Disney dan Marvel, termasuk Marvel Color Changing Cup, Deadpool Pillow, Marvel Bucket Hat serta pelancongan 3 Hari 2 Malam ke Hong Kong Disneyland.

Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2024, enam reka bentuk tin Coca-Cola x Marvel edisi terhad akan tersedia di seluruh negara sementara stok masih ada. Coca-Cola Original Taste akan menampilkan watak Deadpool, Wolverine dan Loki, manakala Coca-Cola Zero Sugar akan menampilkan watak Black Widow, Hulk dan Iron Man.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, ikuti kami laman rasmi Facebook dan Instagram kami. Layari https://www.coca-cola.com/my/ms/offerings/marvel untuk pengalaman AR Coca-Cola x Marvel yang menakjubkan.