Gambar: Bernama & PDRM

Clare Brown Dikehendaki Polis, Gagal Hadir Pertuduhan Kes Fitnah Terhadap Sultanah Terengganu

Eyla Azri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui sebuah kenyataan media hari ini membuat hebahan sedang mencari seorang wanita warganegara United Kingdom yang gagal hadir ke mahkamah untuk pertuduhan kes fitnah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zahirah.

Wanita pemilik nama Clare Brown @ Clare Rewcastle Brown itu memiliki nombor passport 517546875 dan kini dikehendaki pihak polis bersabit waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September 2021. Kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta untuk menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supritendan Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Supritendan Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440.

Sumber: PDRM