Ramai pengguna aplikasi MySejahtera yang telah mengemas kini aplikasi tersebut di telefon bimbit mereka akan menyedari terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan.
Fungsi baharu berkenaan adalah mengenai paparan status vaksinasi dan tahap risiko pengguna di aplikasi tersebut.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, paparan itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai memaparkan kadar risiko dan status vaksinasi.
Tambahnya lagi, fungsi butang ‘check out’ juga turut ditambah pada kemas kini terbaharu MySejahtera bagi menambah baik fungsi pengesanan kontak.
“Butang ‘check out’ juga telah ditambah dalam kemas kini terbaharu MySejahtera. Ini adalah untuk menambah baik fungsi pengesanan kontak.
“Lepas meninggalkan tempat tersebut, tolong ingat untuk ‘check out’. Kamu hanya perlu tekan butang tu, tidak perlu lagi ‘scan’,” ujarnya.
Setakat yang diterima, tidak semua orang telefon bimbit dapat kemaskini yang terbaru ini.
Difahamkan bahawa, kebanyakan yang telah berjaya mengemaskini paparan terbaru ini adalah pengguna iPhone sahaja.
Pun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa orang ramai akan mula menerima ciri ini secara berperingkat.