Seorang wanita berusia 62 tahun melangsungkan ulang tahun perkahwinan kedua bersama suaminya yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini, wanita tersebut menulis sebuah posting di laman Facebook mengenai rumah tangganya, China Press melaporkan.
“Tiga tahun ini, ramai orang menanyakan hubungan kami dan bahkan mengkritik kami, tetapi kami tetap bersama dan membuktikan bahawa cinta kami adalah nyata. Dalam sekelip mata, kami melalui hidup bersama dengan bahagia dan masa depan akan turut bahagia,” katanya.
Menurut VnExpress, wanita itu memiliki salon kecantikan dan juga kedai kopi kecil serta mempunyai dua anak perempuan dari perkahwinan sebelumnya. Dia berkahwin semula lapan tahun setelah suaminya meninggal dunia.
Gambar via MothershipPada mulanya, wanita tersebut menganggapnya sebagai “saudara”, dan menolak lamarannya kerana dirinya menganggap lelaki itu sekadar bergurau. Malah, dirinya menyedari bahawa lelaki tersebut serius ketika tidak berputus asa untuk memikatnya.
Walaupun masyarakat mempertikaikan jarak usia mereka, dia mengatakan bahawa dia “sama seperti wanita lain, manusia normal yang akan berkahwin”.
Gambar via MothershipSetelah mereka berkahwin, wanita itu menjalani prosedur pembedahan plastik yang melibatkan kawasan hidung dan keningnya yang dianggarkan lebih dari $5,776 (RM 23606.53).
Alasan dirinya menjalani pembedahan plastik bukanlah kerana dia tidak merasa seperti dia cukup baik untuk suaminya, tetapi kerana dia ingin terlihat “cantik”.
Sumber: Mothership