Beberapa keping gambar menunjukkan seorang warga emas yang sedang menunaikan solat di tepi tangga bangunan sebuah hospital, menyentuh hati ramai warganet sehingga tular di media sosial sejak semalam.
Menerusi perkongsian oleh Dr Asa Ibrahim di Twitter, beliau berkata, warga emas itu ketika ditanya memberitahu, dia tidak ingin berada jauh kerana bimbang tidak dapat menemani isterinya sekiranya terjadi apa-apa.
Menurut Dr Asa, isterinya dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan patah tulang dan mereka hanya tinggal berdua sahaja.
”True love is real”


Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen tersentuh dan mendaoakan agar pasangan tersebut untruk sihat dan menjalani hari tua mereka bersama sehingga ajal memisahkan.
Ketika wanita dicintai oleh orang yang tepat

Cinta sejati

Semoga isterinya cepat sembuh dan pak cik itu selalu sihat

Sumber: Twitter Dr @asaibrahim