kahwin dalam penjara
Gambar via Detik Sumut

Cinta Atasi Segalanya, Wanita Nekad Kahwini Kekasih Dalam Penjara

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Cinta Atasi Segalanya, Wanita Nekad Kahwini Kekasih Dalam Penjara

sepasang kekasih di Aceh selamat melangsungkan perkahwinan mereka di tiari besi Pusat Tahanan, Ibu Pejabat Polis Aceh Tamiang, atas sebab pengantin lelaki tersebut sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah atas kes dadah.

Menurut Detik Summut, upacara akad nikah bagi pasangan tersebut diadakan di lorong ruangan penjara berkenaan.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Upacara akad nikah pasangan ini disaksikan oleh Ketua Warden, Inspektor Abdi, imam kampung, ibu bapa bagi kedua-dua pasangan mempelai dan para saksi.

“Ini merupakan permintaan bagi kedua-dua keluarga tersebut untuk melangsungkan perkahwinan. Pengantin lelaki meskipun berstatus banduan, tetapi dia juga memiliki hak yang sama,” kata Abdi kepada wartawan pada Khamis lalu.

Abdi menjelaskan bahawa pernikahan di penjara tersebut merupakan ihsan pihak penjara terhadap para banduan.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

“Kita berikan hak kepada para banduan untuk melangsungkan pernikahan. Saya juga berpesan kepada pengantin lelaki agar sentiasa tabah semasa menjalani hukuman ini kerana ia merupakan sebahagian daripada prosedur undang-undang,” ujarnya.

Tambahan pula, kedua-dua pasangan tersebut telah menetapkan tarikh pernikahan sejak dulu lagi.

Di samping itu, upacara akad nikah yang berlangsung pada Rabu lalu, merupakan kali pertama yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Aceh Tamiang.

Walaupun pengantin lelaki tersebut diberkas polis atas kes dadah, niat pengantin perempuan untuk menikahi lelaki tersebut masih tidak luntur.

“Mereka merasa gembira selepas dapat disatukan menerusi tali ikatan perkahwinan,” ujar Abdi.

BACA: Lima Tahun Banduan Gali Terowong Nak Lari Penjara, Sudahnya Gagal Badan Tersekat

Sumber: Detik Sumut