dron cahaya china
Gambar CGTN via TikTok

China Hantar Dron Cahaya Bantu Misi SAR Di Turkiye, Mampu Terangi Sehingga 8,000 Kaki Persegi

Syed Faisal Sayed Muhammad

China Hantar Dron Cahaya Bantu Misi SAR Di Turkiye, Mampu Terangi Sehingga 8,000 Kaki Persegi

Dron buatan China dihantar ke Turkiye bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada waktu malam.

Berita itu dikongsi oleh CGTNOfficial menerusi muat naik video di TikTok milik mereka.

Tulis perkongsian itu lagi, dron itu dikatakan mampu menerangi sehingga 8,000 kaki persegi sesuatu kawasan. Penggunaan tersebut adalah bertujuan bagi memudahkan operasi mencari pasukan penyelamat pada waktu malam.

Selain daripada pasukan penyelamat China, dron cahaya yang dibangunkan oleh China untuk tujuan pencahayaan juga telah mengambil bahagian dalam kerja-kerja menyelamat.

Memetik Global Times, dron itu dikatakan mempunyai daya tahan yang kuat serta disokong oleh penjana kecil yang dibawanya.

Setakat ini, lebih daripada 10 dron telah disediakan secara percuma oleh pengeluarnya kepada pasukan Blue Sky Rescue.

Terdahulu, Pasukan keselamatan dan penyelamat China yang telah menyertai operasi mencari telah dipindahkan ke bantuan bencana dan penempatan semula.

Oleh itu, Persatuan Pencegahan Bencana China berkata, mereka telah menggesa untuk membatalkan atau menangguhkan dahulu kumpulan penyelamat ke kawasan bencana.

Menurut Persatuan itu, tindakan itu dibuat kerana mereka tidak mahu menambah beban kepada negara yang dilanda bencana dan mengelakkan risiko bahaya.

Operasi berada di saat-saat genting

Kini merupakan saat-saat genting bagi mangsa kerana harapan untuk mereka terselamat semakin berkurangan disebabkan keadaan cuaca yang buruk seperti suhu rendah.

Menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye, lebih 79,000 orang di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam operasi tersebut. Termasuklah daripada negara Malaysia.

Sebelum ini, Siakap Keli ada melaporkan berkenaan seekor anjing penyelamat yang turut menyertai operasi mencari SAR di Turkiye telah terkorban.

Seekor anjing yang digelar “paling berani di dunia” dilapor terkorban ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria, lapor Daily Star.

Anjing pasukan SAR Mexico yang bernama Proteo itu telah diterbangkan dari Mexico untuk membantu usaha mencari mangsa susulan dua gempa bumi besar pada minggu lalu.

Anjing yang berani itu telah mati semasa menjalankan tugasnya, umum kementerian pertahanan Mexico pada Ahad lalu.

“Anggota Tentera dan Tentera Udara Mexico amat berdukacita dengan kehilangan sahabat hebat kami, Proteo. Dia telah memenuhi misinya sebagai anggota Delegasi Mexico dalam mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turkiye,” tulis kenyataan tersebut.

Sumber: TikTok, Global Times