Gambar: Twitter/AP

“China Dakwa Semua Tahanan Dah Dibebaskan, Mana Ayah, Ibu Dan Adik Saya?” – Pelajar Uighur

Amira

Baru-baru ini duta China mengeluarkan kenyataan mendakwa tahanan di kem ‘pendidikan semula’ mereka telah dibebaskan, namun kenyataan mereka disanggah oleh waris-waris mangsa yang mendesak agar mereka bercakap benar.

“Semua yang berada di pusat tersebut belajar bahasa Mandarin, undang-undang, kemahiran vokasional dan deradikalisasi telah ‘bergraduasi’ dan mendapat pekerjaan stabil, kata Shohrat Zakir, ….

Kenyataannya disanggah waris tahanan yang mendakwa masih tidak dapat menghubungi ahli keluarga masing-masing.

“China dakwa semua orang di kem Xinjiang telah bergraduasi.

“Kalau begitu, mana ayah saya Najmidin Tohti? Mana ibu saya Niyazhan Emet, saudara Abdumijit Najmidin? Kenapa saya tak boleh telefon mereka?

“Jika kamu bercakap benar, tunjukkan saya di mana mereka!” tulis Namtulla, seorang pelajar Uighur di Norway.

Dia bukan satu-satunya waris yang menanti kepulangan insan tersayang. Samira Imin, turut menantikan pertemuan bersama bapa tercinta yang telah ‘hilang’ dalam tahanan.

“Ayah, semoga lagu ini sampai kepada ayah. Ayah pernah suka mendengar saya menyanyi. Ayah akan selalu menjadi hero saya. Tolong terus kuat!

“Ayah saya seorang yang pendamai dan liberal. Dia sentiasa berharap memberi ilmu baru kepada orang ramai. Lepaskan ayah saya!” Luah Samira di laman Twitter miliknya.

Ayahnya, Iminjan Seydin merupakan seorang profesor bidang sejarah yang mengasaskan sebuah syarikat penerbitan buku.

Menurut Samira, ayahnya telah menerbitkan lebih 350 buah buku berkisar tentang sains, pendidikan bahasa, pendidikan kanak-kanak dan psikologi termasuk buku terjemahan “The Seven Habits of Highly Effective People” yang ditulis Steven Covey.

Beliau didakwa telah ditahan pada Mei 2017 secara haram oleh kerajaan China atas alasan yang tidak jelas, kononnya beliau menyebarkan fahaman ekstremisme tanpa bukti yang kukuh.

Penahanan golongan cendekiawan dan intelektual Uighur didakwa sering berlaku kerana mereka dianggap sebagai ancaman terhadap kerajaan.

Pada tahun yang sama, 2017, Profesor Tashpolat Tiyip yang merupakan ketua Universiti Xinjiang dengan kelulusan universiti berprestij di Perancis hilang tanpa meninggalkan jejak.

Rakannya percaya Prof. Tiyip telah dituduh sebagai pemisah dan dikenakan hukuman mati, lapor BBC.

Luahan Namtulla dan Samira menerima reaksi netizen dari pelbagai negara yang turut berduka.

Parti CPC sudah bertahun menipu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka

Graduasi daripada institusi brainwash di dunia

“Graduasi” ke syurga barangkali

“Graduasi” dalam bentuk organ

Sementara itu, beberapa warga maya menyatakan rancangan demonstrasi mereka.

Edinburgh
Jakarta

Sumber: AP News, Namtulla, Samira Imin