Kapal Angkasa China Shenzhou-19
Gambar: CMG

China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19

Iqbal Yasir

China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-19

BEIJING, 30 Okt (Bernama) — China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas Shenzhou-19 dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China pada 4.27 pagi tadi.

Sepuluh minit selepas pelancaran, kapal Shenzhou-19 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.

Sekarang, kru angkasawan berada dalam keadaan baik, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Menurut rancangan, kapal Shenzhou-19 akan bercantum dengan kombinasi stesen angkasa lepas. Selepas itu, kru Shenzhou-19 akan melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

Selain itu, angkasawan Shenzhou-19 akan menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) beberapa kali untuk melakukan eksperimen fizik asas grativiti mikro, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa, teknologi angkasa dan lain-lain.

Sumber: Bernama

BACA: Siapa Ruben Amorim? Kenali Jurulatih Baharu Man United

BACA: “Nampak sama tapi…”, Peniaga Jelaskan Beza Guna Ais Baby & Ais Hancur