Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad
Kredit: @yasmin.nasir via TikTok
Tiada Kategori

Chef Ini Raih Pujian, Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza

Athirah

Chef Ini Raih Pujian, Kongsi Resipi Guna Bahan Terhad Untuk Warga Gaza

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, warga Gaza sedang berhadapan krisis bekalan makanan yang semakin kritikal. Situasi ini memaksa ramai penduduk bergantung kepada sumber yang sangat terhad untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Setiap hari, laporan media memaparkan wajah-wajah kecil yang tidak berdosa terpaksa menanggung derita akibat kekurangan makanan dan zat berkhasiat.

Situasi ini bukan sahaja menimbulkan rasa sedih, malah membangkitkan keprihatinan ramai pihak yang mula tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan mereka.

Namun, inisiatif yang dilakukan oleh seorang chef dari Jordan ini telah memberi harapan baharu buat penduduk di Gaza.

Kongsi resipi bahan terhad, chef ini raih pujian dunia

Baru-baru ini, Chef Yasmin Nasir menjadi bualan di seluruh dunia selepas beberapa videonya mengajar pelbagai resipi dengan bahan mentah terhad dan mudah didapati tular di media sosial.

Beliau telah banyak membantu warga Gaza memanfaatkan sumber terhad secara lebih pratikal, selain menzahirkan solidariti melalui perkongsian video resipi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @yasmin.nasir di TikTok, cara menyediakan ayam berasaskan tepung, yang menjadi rujukan penduduk Gaza telah meraih tontonan tinggi.

Bahan-bahan yang cuma diperlukan adalah satu cawan tepung gandum, setengah cawan air, setengah sudu kecil garam, rempah (serbuk stok ayam, serbuk bawang, serbuk bawang putih, garam dan lada hitam).

Tambahan lagi, air secukupnya digunakan untuk membilas doh tepung.

Melalui ruangan bio di TikTok, Yasmin Nasir sememangnya sudah berpengalaman dalam dunia kulinari kerana mempunyai kelayakan dari Le Cordon Bleu London.

Difahamkan, ia merupakan salah satu institut pendidikan kulinari dan hospitaliti terkemuka di dunia.

Selain dikagumi atas usahanya, wargamaya turut memuji inilah cara sepatutnya seorang personaliti media sosial menggunakan platform mereka.

BACA: Tak Sama, Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
BACA: Sultan Pahang Titah Masjid & Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat
BACA: Ingat Untuk Wanita Sahaja, Doktor Dedah Kebaikan Asid Folik Untuk Lelaki

Sumber: @hebh_jamal via X, @yasmin.nasir via TikTok