Chatime Maklumkan Neelofa, Suami Terlibat Lawatan Kerja Ke Langkawi, Sg. Petani & Kangar

Nur Adnin

Chatime dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklum selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya terlibat dalam lawatan kerja ke 3 lokasi di Zon Utara membabitkan pembukaan rasmi cawangan baharu jenama itu disana.

“Untuk makluman, Neelofa dan Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara, iaitu Sungai Petani dan Langkawi di Kedah serta Kangar di Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan-cawangan baharu Chatime di zon utara.

“Lawatan ini juga melibatkan beberapa kakitangan daripada Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia. Kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperolehi dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan. Terima kasih,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: Instagram Chatime Malaysia