Kira-kira 1,300 orang terpaksa dipindahkan dari kapal persiaran MV Viking Sky menggunakan 5 helikopter dan beberapa buah kapal lain. Menurut pihak berkuasa Norway, kapal itu mengalami masalah dibahagian enjin.
Lebih menakutkan, kejadian yang berlaku (enjin mati) itu terjadi sewaktu angin bertiup kencang dan menyebabkan ombak naik begitu tinggi. Hal ini ternyata menimbulkan perasaan panik penumpang.
MV Viking Sky (Gambar : VesselFinder)Viking Sky telah menghantar isyarat kecemasan untuk memaklumkan perkara tersebut. Menurut laporan terbaru, kapal itu telah berjaya menghidupkan satu enjinnya dan bergerak kepersisir pantai.
Berita mengenai insiden cemas itu diterima pada jam 2.00 petang waktu tempatan. Saksi, John Curry memaklumkan bahawa ketika kejadian itu terjadi, beliau sedang makan tengahari sebelum merasakan kapal itu seolah bergoncang.
Keadaan Kapal Yang terolang-aling Ditengah Lautan (Gambar : BBC)Janet Jacob yang merupakan seorang saksi berkata :
Para penumpang dibawa ke dewan untuk berehat dan mendapatkan rawatan (Gambar : Reuters)Seorang nelayan, Jan Erik Fiskerstrand merupakan pemilik bot yang mula-mula sekali membantu menyelamatkan mangsa MV Viking Sky.
Erik berkata kepada media bahawa nyawa penumpang dalam bahaya sekiranya kapten tidak mendapatkan bantuan segera.
Itu kerana kapal tersebut berisiko untuk berlanggar dengan batu-batu jika sauh tidak diturunkan atau enjin kapal tidak dihidupkan.
Keadaan dalam kapal yang terombang-ambing (Gambar : ABC)
Gambar : Twitter Alexus SheppardSeorang penumpang sempat memuat naik status di laman twitternya :
Bantuan mulai tiba pada jam 2.40 waktu tempatan. Dilaporkan sebanyak 8 orang dari penumpang tercedera. Kebanyakkan penumpang merupakan warga negara British dan Amerika.
Institut Meteorologi Norway mengatakan keadaan ombak setinggi 10 meter malah satu bot penyelamat terpaksa kembali ke kapal (penyelamat) kerana keadaan ombak yang terlalu “kejam”.




Sumber : BBC.com & Alexus Sheppard