Kekejangan otot selalunya berlaku kepada individu yang kerap melakukan senaman. Hal ini berikutan, asid laktik yang berkumpul setelah senaman dilakukan. Asid Laktik dan bahan toksik secara berlebihan pada masa yang sama dan akan mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot akan berkurangan.
Keadaan kekejangan ini akan menyebabkan rasa sakit yang sangat kuat dan mungkin akan mengganggu pergerakan anggota badan bagi individu yang mengalami sakit ini.
Apabila individu mengalami kekejangan otot, tendon akan mudah untuk koyak. Oleh itu kekejangan otot ini seharusnya dirawati dengan cepat.
Nasib baik ada banyak cara untuk rawat kekejangan otot ini. Berikut adalah 5 cara untuk atasi kekejangan otot itu:
1. Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs)
Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) atau pil antiradang bukan steroid. Jika kita sebut pil sudah pasti semua takut nak ambil kan? Tetapi jangan risau, pil ini bukanlah pil berbahaya. Pil ini boleh diambil kerana ianya bukanlah steroid. Pil antiradang ini penting untuk merawat kekejangan otot.
Pil yang kebiasaannya digunakan adalah seperti ibuprofen. Pil ini akan mengurangkan sakit pada otot yang kejang itu. Tetapi perlu diambil berat bagi individu yang mempunyai masalah penyakit lain seperti buah pinggang.
Hal ini kerana, individu yang mempunyai sakit buah pinggang tidak digalakkan untuk mengambil pil sebarangan jika tidak mendapat kebenaran daripada pakar kesihatan.
2. Tuam dengan ais
Tuam dengan benda sejuk juga sangat membantu untuk merawat kawasan yang kejang. Hal ini demikian kerana, ais dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit di bahagian otot yang tegang. Tuamkan ais selama 20 minit di bahagian yang mengalami kesakitan. Ais akan menyebabkan kawasan sakit itu akan berasa kebas dan ketegangan otot akan berkurangan.
3. Pemampatan
Dengan melakukan pemampatan mudah, apa yang anda perlukan ialah bandage atau kain pembalut bagi membalut kawasan yang mengalami kekejangan otot. Cara ini akan dapat menampung otot itu dan mengurangkan bengkak pada kawasan yang mengalami kekejangan.
4. Pad Pemanas
Pad pemanas merupakan kaedah perawatan yang agak mudah. Apa yang anda perlukan hanyalah membeli pad pemanas dan letakkan pad tersebut di kawasan yang mengalami kekejangan. Jika anda tidak ingin merasakan kepanasan itu secara terus, anda boleh meletakkan alas pada pad pemanas tersebut.
5. Letakkan kawasan kekejangan otot di tempat tinggi
Cara yang terakhir ialah dengan meninggikan kawasan yang mengalami kekejangan. Hal ini boleh memberi kelegaan cepat dan lembut pada otot yang tegang. Misalnya, jika kekejangan otot yang dialami di bahagian pergelangan kaki, anda boleh meletakkan kaki anda di atas kerusi dan posturkan badan anda secara mendatar di permukaan rata. Anda juga boleh menggunakan pelbagai bantal atau selimut untuk diletakkan di bahagian belakang lutut sekiranya kekejangan otot itu berlaku di bahagian itu.
Sumber: better-lifehacks