aiskrim
Kredit: ImageFX

Cepat Cair, Ini Tip Mudah Simpan Aiskrim Untuk Kekal Beku Lebih Lama

Azzwin

Cepat Cair, Ini Tip Mudah Simpan Aiskrim Untuk Kekal Beku Lebih Lama

Tidak dinafikan, aiskrim memang antara pencuci mulut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Setiap kali cuaca panas, hidangan ini sering menjadi pilihan untuk menceriakan suasana.

Namun, aiskrim memang mudah berubah tekstur dan mencair lebih cepat.

Justeru, hari ini SK akan kongsikan tip mudah simpan aiskrim untuk kekal beku lebih lama.

Untuk makluman, tip ini diambil daripada @abamaiskriem di TikTok.

1. Letakkan bekas aiskrim ke dalam bekas yang lebih besar

Menurut video @abamaiskriem di TikTok, dia menggunakan bekas yang bersaiz lebih besar daripada bekas aiskrim.

Contohnya, seperti termos atau kotak penyejuk atau ice box.

Bekas yang lebih besar diperlukan bagi memberi ruang untuk menambahkan ketulan ais di sekeliling bekas aiskrim.

aiskrim dalam bekas
Kredit: @abamaiskriem

2. Isi ketulan ais di sekeliling bekas aiskrim

Seterusnya, isikan ketulan ais di sekeliling bekas aiskrim.

Dalam video @abamaiskriem, dia mengisi ketulan ais sehingga separuh daripada bekas aiskrim

Dia juga menggunakan pinggan untuk meletakkan dan mengisi ketulan ais dalam bekas.

ketulan ais dalam bekas
Kredit: @abamaiskriem

3. Tabur garam kasar pada ais

Kemudian, taburkan garam kasar pada ketulan ais yang mengelilingi aiskrim.

Difahamkan, langkah ini membantu menurunkan suhu ais dengan lebih cepat, sekali gus melambatkan proses pencairan aiskrim.

taburkan garam
Kredit: @abamaiskriem

4. Tabur lagi ketulan ais

Setelah itu, @abamaiskriem dalam videonya mengulangi proses menambah ketulan ais seperti langkah kedua.

Namun, kali ini pastikan paras ais yang ditambah sama tinggi dengan bekas aiskrim.

ketulan ais dan bekas aiskrim
Kredit: @abamaiskriem

5. Tabur lagi sekali garam kasar pada ais

Taburkan semula garam kasar pada lapisan ais yang baru ditambah bagi memastikan suhu di sekeliling bekas aiskrim kekal rendah dalam tempoh yang lebih lama.

Difahamkan, semakin banyak garam ditaburkan, aiskrim akan menjadi terlebih beku.

Oleh itu, dua lapisan garam sahaja sudah memadai untuk bekas ini.

tabur garam dalam ketulan ais
Kredit: @abamaiskriem

6. Tambah lagi ketulan ais sehingga memenuhi bekas

Akhir sekali, tambahkan lagi ketulan ais sehingga bekas besar tersebut penuh.

Setelah siap, aiskrim boleh dinikmati dengan tekstur yang sama walau sudah disimpan lama di luar peti.

aiskrim dan ketulan ais
Kredit: @abamaiskriem