Tiga pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah, Mesir telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelas mereka yang mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan, lapor Gulf News.
Ketiga-tiga pelajar itu telah dipenjarakan selama empat hari sementara menunggu siasatan atas tuduhan membunuh rakan mereka setelah memasukkan racun ke dalam sepotong kek.
Mangsa dikatakan terkenal dengan kecemerlangan akademiknya di Abu Bakr Al Siddique Preparatory School, dia mendapat markah yang lebih tinggi berbanding suspek yang merancang meracuni pelajar itu.
Pihak pendakwaan memerintahkan agar bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa dan laporan forensik menunjukkan bahawa kematian gadis itu disebabkan oleh racun.
Media tempatan melaporkan bahawa enam pelajar sekolah telah memakan kek dalam perjalanan pulang ke rumah.
Tiga daripada mereka segera dibawa ke Hospital Universiti Amiri untuk mendapatkan rawatan setelah mereka mengalami muntah dan keletihan yang teruk.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital manakala pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan pelajar yang ketiga selamat.
Sumber: Gulf News