Tular satu video di media sosial yang memaparkan detik-detik ketika sebuah kereta melanggar sekawan lembu di lebuh raya semalam.
Menerusi video yang dirakam dashcam itu, kereta tersebut dilihat tidak sempat menekan brek dan melanggar lembu-lembu itu sehingga terpelanting.
Menurut Utusan TV, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi.
Bagaimanapun, lokasi lebuh raya dan keadaan pemandu selepas kemalangan itu tidak diketahui.
Kemalangan ini berlaku tidak sampai sebulan selepas kejadian yang sama menimpa dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar seekor lembu.
Menurut laporan, mereka telah melanggar lembu di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Senawang.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Utusan TV