Sebuah bas ekspress yang membawa rombongan sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru hangus terbakar dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat berdekatan Puncak Titiwangsa awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian di media sosial, dilaporkan kesemua mereka yang terlibat berserta pemandu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi, bas berkenaan difahamkan membawa rombongan pelajar dan guru dari Besut, Terengganu itu terbakar ketika dalam perjalanan menghadiri lawatan ke Langkawi.
Setakat ini, polis masih belum mengesahkan punca kebakaran.


Sumber : Facebook